Wednesday, April 30, 2014

KEEPUASAN SEORANG GURU....


Alhamdulillah...satu lagi kepuasan seorang gru..utk seorang guru yg masih lagi bergelar junior dlm bidang pendidikan....3 tahun mengajar sains dan sebagai ketua panitia sains di smk seri kota puteri.... hasil terakhir di smkskp...
Mudahan dapat diteruskan lagi di sekolah baru...insyaallah....
Sebagai seorang guru..bukan setakat nilai gred peperiksaan yg dicari..tapiii, berdasarkan keadaan sekarang...seorang guru sudah berjaya jika dapat memanusiakan seorang insan...
Matlamat itu lagi besar cabarannya berbanding melahirkan pelajar yg mendapat A dlm exam...tapi, kalau dapat dua2 satu bonus utk cikgu2...
Masih panjang dan jauh perjalananku sebagai seorang pendidik...
Makin hari makin banyak yg aku belajar..
Apa yang aku pegang stakat ni...didiklah pelajar2 mu sebagaimana anakmu sendiri..dengan harapan anakku nanti akan dididik dengan baik oleh cikgu2 dia nanti...

Cabaran seorang guru sekarang terlampau mencabar...
Apa yg aku buat di sekolah baru, cuba dekati pelajar...dengar luahan dan kehendak mereka... bila diamati, rasa kasihan pada sesetengah pelajar...jadi mangsa keadaan, yang dapat aku simpulkan, keluarga penyebab utama keadaan mereka sebegini...mak ayah tau lahirkan sahaja, yg lain semua diabaikan...bukan semua, tapi kebanyakannya...
Takpe, yg baik dijadikan teladan...yg buruk dijadikan sempadan...
Mudahan anak aku dipermudahkan urusannya utk menuntut ilmu...amin...

0 comments:

 
design by suckmylolly.com