Wednesday, September 12, 2012
KEPENTINGAN URUTAN BAYI
urutan bayi sebaik-baiknya dijadikan rutin harian
antara kebaikan urutan bayi ialah:
1. meningkatkan berat badan bayi sebanyak 47%
2.membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh
3. merangsang perkembangan dan kebolehan bayi misalnya cepat berjalan.
4. membantu perkembangan emosi kerana bayi anda akan terasa dirinya dilindungi,lebih yakin dan berdikari.
5. membantu bayi tidur lebih lena dan lama.
6. mengurangkan masalah kembung perut dan melancarkan proses penghadaman.
7. meningkatkan keakraban ibu dan bayi.
sumber: majalah pa&ma
hehehe...
Posted by Cikgu Akmal at 5:59 AM 0 comments
Monday, September 3, 2012
gara-gara CIK LIYANA ADNAN...
wahhh...HANGATTT....
semua cikgu panas cuping telinga je baca entry cik liyana adnan..malasla nk copy paste link..dah berlambak2 kat intenet...makan hati berulam jantung betul kalau bekas gurunya baca pasal entry berkenaan....
sebab cik liyana ni la rasa cam nak update je blog yg dah lama bersawang ni...hahahha...
buat entry cam nak bunuh diri je ko...kerana blog,badan binasa...pepatah di zaman moden..hehe
banyak faedahnya bina blog ni (kalau diguna dgn cara yang betul la)...contohnya ada cikgu2 share soalan,kongsi perkara yg berkaitan dengan P&P...yang x jadi cikgu tau x P&P tu ape???carila sendiri...
biar je orang nak judge apa pasal profession perguruan..seteruk mana pun seorang guru,mesti ada jasa yg dicurahkan untuk anda...
tak ada manusia yg sempurna,pasti ada kekurangan di mana2...
jangan kerana nila setitik,habis susu sebelanga....
ni belanga x de nila..hehehe...
harap2 budak ini diberi kesedaran di atas perbuatan dia...yg penting pergila mintak maaf ngan guru2 anda,kut2 ada yg terbaca..buatnya x halal ilmu,mau x berkat hidup..
berani buat,berani tanggung...
BEST jadi cikgu...cuti sekolah je goyang kaki...meh la ramai2 mohon jadi cikgu...hehe...
Posted by Cikgu Akmal at 6:37 AM 0 comments
Monday, June 11, 2012
minggu ke-21
gambar ultrasound baby(21st week)..dari intenet ye...
baby ni tgh main bola kut..siap pusing2 lagi..aktif sgt2 baby ni...
my baby pun dah start tendang2..next month dah bleh scan utk tgk gender baby..
Posted by Cikgu Akmal at 1:55 AM 1 comments
Wednesday, May 16, 2012
SELAMAT HARI GURU 2012
SELAMAT HARI GURU
untuk semua warga pendidik...
tema hari guru 2012
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
kali ke-3 menyambut hari guru di SMK Seri Kota Puteri...
tahun ni temanya biru...
selepas sambutan di sekolah,bergerak untuk jamuan makan di Restoran Sangkar Kristal di taman pelangi..
ibu2 mengandung bertanding anyam ketupat dan kupas buah pear..
dah confirm la aku kalah kalau bab menganyam ketupat...hahha..
selamat hari guru...
hadapi cabaran & dugaan sebagai seorang guru dengan senyuman...
: )
Posted by Cikgu Akmal at 7:04 AM 0 comments
Thursday, May 10, 2012
pergerakan bayi dalam kandugan...
Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?
Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.
Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut. Sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.
Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut. Sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.
Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu?
Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.
Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.
Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.
sumber:http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/pergerakan-bayi/
Posted by Cikgu Akmal at 5:50 AM 0 comments
Tuesday, May 8, 2012
16 weeks... : )
1st entry about my baby...
ni gambar ambil kat intenet ea..baby i punye ade,x scan msuk laptop lg..
nt baby dah besar tgk sendiri la ea...
mama dah letak dlm album gambar baby dr dalam perut lagi..hehe
pejam celik dah 4 bulan my baby..tak pasti plak baby terlebih bulat ke x..perut dah macam org pregnant 6 bulan..haha..sooo bulattt...keep it up baby...nanti mama trus jadi belon udara panas (papa cakap)...
x kisah la belon udara panas ke ape,janji baby sihat dalam perut mama kann..
alhamdulillah,muntah pening dah kurang..gastrik plak yg menjelma..bulat pun still x cukup makan..makan lambat skit mula la kena gastrik...
this is my 1st time,so xtau baby kicking ke ape..rasa cam tibe2 ada org cubit lembut dalam perut..kejap2 je datang..baby nak main2 ngan mama ea..hehe
melalui bacaan kat intenet..sign macam tu tanda awal baby nk kicking..x sabar nk tunggu baby main bola dalam perut..hehe
Posted by Cikgu Akmal at 3:11 AM 0 comments
Wednesday, April 11, 2012
DOA-DOA AMALAN IBU MENGANDUNG
DOA-DOA YANG BOLEH DIBACA TAK KIRA SELEPAS SOLAT ATAU BILA-BILA MASA SAHAJA....
Ya Allah, bentukkanlah anakku di dalam kandungan dengan bentuk yang baik, tetapkanlah iman ke atasnya dan iman kepada utusanMu.
Ya Allah, keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya nanti dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya. Dan kurniakanlah padanya kefasihan dan kelancaran semasa bercakap dan merdukanlah suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Quran supaya mendapat berkat Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam ini.
Posted by Cikgu Akmal at 6:37 AM 0 comments
Labels: AMALAN IBU MENGANDUNG
surah-surah amalan IBU MENGANDUNG
SURAH YANG HARUS JADI AMALAN BAKAL IBU
1) Surah Al-Fatihah : Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
2) Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat.
3) Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yg cerdik akal dan cerdik jiwa.
4) Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yg cantik rupa dan cantik akhlak.
5) Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
6) Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat.
7) Surah Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara drp maksiat.
8) Surah an-Nahl : Untuk melahirkan anak yg berdisiplin
Posted by Cikgu Akmal at 6:05 AM 0 comments
Labels: AMALAN IBU MENGANDUNG
Subscribe to:
Posts (Atom)