Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012


SELAMAT HARI GURU
untuk semua warga pendidik...
tema hari guru 2012
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

kali ke-3 menyambut hari guru di SMK Seri Kota Puteri...
tahun ni temanya biru...
selepas sambutan di sekolah,bergerak untuk jamuan makan di Restoran Sangkar Kristal di taman pelangi..
ibu2 mengandung bertanding anyam ketupat dan kupas buah pear..
dah confirm la aku kalah kalau bab menganyam ketupat...hahha..

selamat hari guru...
hadapi cabaran & dugaan sebagai seorang guru dengan senyuman...
: )

Thursday, May 10, 2012

pergerakan bayi dalam kandugan...

Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut. Sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu?

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.
sumber:http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/pergerakan-bayi/

Tuesday, May 8, 2012

16 weeks... : )

1st entry about my baby...

ni gambar ambil kat intenet ea..baby i punye ade,x scan msuk laptop lg..
nt baby dah besar tgk sendiri la ea...
mama dah letak dlm album gambar baby dr dalam perut lagi..hehe

pejam celik dah 4 bulan my baby..tak pasti plak baby terlebih bulat ke x..perut dah macam org pregnant 6 bulan..haha..sooo bulattt...keep it up baby...nanti mama trus jadi belon udara panas (papa cakap)...
x kisah la belon udara panas ke ape,janji baby sihat dalam perut mama kann..
alhamdulillah,muntah pening dah kurang..gastrik plak yg menjelma..bulat pun still x cukup makan..makan lambat skit mula la kena gastrik...
this is my 1st time,so xtau baby kicking ke ape..rasa cam tibe2 ada org cubit lembut dalam perut..kejap2 je datang..baby nak main2 ngan mama ea..hehe
melalui bacaan kat intenet..sign macam tu tanda awal baby nk kicking..x sabar nk tunggu baby main bola dalam perut..hehe

Wednesday, April 11, 2012

DOA-DOA AMALAN IBU MENGANDUNG

DOA-DOA YANG BOLEH DIBACA TAK KIRA SELEPAS SOLAT ATAU BILA-BILA MASA SAHAJA....
Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia. Engkau adalah Zat yang menyihatkan, tiada ubat kecuali ubat daripadaMu yang tidak akan membawa sebarang penyakit.

Ya Allah, bentukkanlah anakku di dalam kandungan dengan bentuk yang baik, tetapkanlah iman ke atasnya dan iman kepada utusanMu.

Ya Allah, keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya nanti dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya. Dan kurniakanlah padanya kefasihan dan kelancaran semasa bercakap dan merdukanlah suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Quran supaya mendapat berkat Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam ini.

surah-surah amalan IBU MENGANDUNG

SURAH YANG HARUS JADI AMALAN BAKAL IBU
1) Surah Al-Fatihah : Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
2) Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat.
3) Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yg cerdik akal dan cerdik jiwa.
4) Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yg cantik rupa dan cantik akhlak.
5) Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
6) Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat.
7) Surah Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara drp maksiat.
8) Surah an-Nahl : Untuk melahirkan anak yg berdisiplin

Friday, December 30, 2011

ML Mega 2011 [Final] - Osbon [1]

ML Mega 2011 [Final] - Osbon [2]

ML Mega 2011 [Show Khas] - Jozan

ML Mega 2011 final - Boboi [1]

Friday, December 23, 2011

ML Mega 2011 [Minggu 9] - Osbon [2]

ML Mega 2011 [Minggu 9] - Osbon [1]

ML Mega 2011 [Minggu 9] - Boboi [2]

ML Mega 2011 [Minggu 9] - Boboi [1]

pelajar OKU cemerlang PMR 2011


Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata


Pencapaian calon cemerlang iaitu calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 3,408 orang (0.75%) kepada 34,271 orang (7.77%) pada 2011. Bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 (0.09%) orang pada tahun 2010 kepada 346 (0.08%) orang pada tahun 2011.

Muhammad Danial Zainuddin

pelajar autisme yg berjaya mendapay 9A PMR 2011..

muhammad Danial juga dinobatkan pelajar terbaik pendidikan khas terengganu..


Hazman Shahir Samsul Kamar

berjaya memperoleh 5A 3B dan 1C untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) walaupun menderita ‘spinal muscular atrophy’ tahap dua sejak berusia lapan bulan.



muhammad hadi darus..

walaupun tiada tangan dan hanya menulis menggunakan kaki,pelajar ini membuktikan kecacatan bukan penghalang untuk memperolehi 9A dalam PMR 2011 yg lepas..


"DIMANA ADA KEMAHUAN,DISITU ADA JALAN"

kekurangan diri bukan penghalang kejayaan anda,selagi ada kemahuan utk melakukannya...

Thursday, December 22, 2011

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2012



pekeliling jabatan akauntan negara...jadual pembayaran gaji 2012..






takwim persekolahan 2012-kumpulan B

takwim persekolahan bagi kumpulan B
Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

calendar 2012

Wednesday, December 21, 2011

wang kertas rm20 baru..orange color...





RM100 banknote

Natural Wonders


RM50 banknote

Agriculture and Technology

RM20 banknote

Marine Life

RM10 banknote

Flora


RM5 polymer banknote
Wildlife


RM1 polymer banknote

traditional Sport

resepi Lambchop/chickenchop....



mushroom & blackpepper sos

bahan-bahan

1 sudu besar butter

1 labu bawang besar

1 ulas bawang putih

150g cendawan(saya pakai dlm tin je)

1 cawan air

1 cawan susu segar

1 kiub ayam

1/2 sudu besar serbuk lada hitam(nk lebih pun bleh)

1 sudu sos tiram

2 sudu kicap manis

2 sudu besar tepung gandum(larutkan dalam air)


cara-cara

1. dadu halus bawang besar n bawang putih

2. cairkan butter n masukkan cendawan yg dihiris nipis

3. masukkan bawang..masak sampai naik bau

4. kemudian masukkan semua bahan lain..masak sampai pekat..tambah garam kalau perlu..

5.dah siap pun..hehe


perapan daging

2 ketul lamb

1 ulas bawang putih

1 biji bawang merah (kecil)

1cm halia

1sudu kecil serbuk lada hitam

garam 1 sudu kecil

cara-cara

1.tumbuk bwang,halia halus2.campur bahan lain n lumur pada daging tu tadi..

perapkan sekejap sblum di grill hingga masak..



perapan ayam

ayam dibelah 4 dan di ambil bahagian paha sahaja..jadi ada 2 ketul ayam...

ayam tadi dibuang tulangnya..

lumur garam pada ayam,celup ngan tpung gandum

kemudian celup dalam telur

last skali salutkan dengan serbuk roti/breadcrumb

goreng sampai kekuningan...



bahan sampingan

potong wedges ubi kentang n goreng sanpai kekuningan..

dah masak letak dlm pinggan dan curah ngan sos blackpepper td...



senang je nak buat chicken or lambchop ni..

selamat mencuba!!...




Tuesday, December 20, 2011

masterchef malaysia..episod 42..


episod 42..episod penyingkiran...


DEENA tersingkir...

 
design by suckmylolly.com