Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012


SELAMAT HARI GURU
untuk semua warga pendidik...
tema hari guru 2012
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

kali ke-3 menyambut hari guru di SMK Seri Kota Puteri...
tahun ni temanya biru...
selepas sambutan di sekolah,bergerak untuk jamuan makan di Restoran Sangkar Kristal di taman pelangi..
ibu2 mengandung bertanding anyam ketupat dan kupas buah pear..
dah confirm la aku kalah kalau bab menganyam ketupat...hahha..

selamat hari guru...
hadapi cabaran & dugaan sebagai seorang guru dengan senyuman...
: )

Thursday, May 10, 2012

pergerakan bayi dalam kandugan...

Bilakah pertama kali saya merasakan pergerakan bayi saya?

Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut. Sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Apakah yang bayi dalam kandungan buat di dalam itu?

Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab, seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.
sumber:http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/pergerakan-bayi/

Tuesday, May 8, 2012

16 weeks... : )

1st entry about my baby...

ni gambar ambil kat intenet ea..baby i punye ade,x scan msuk laptop lg..
nt baby dah besar tgk sendiri la ea...
mama dah letak dlm album gambar baby dr dalam perut lagi..hehe

pejam celik dah 4 bulan my baby..tak pasti plak baby terlebih bulat ke x..perut dah macam org pregnant 6 bulan..haha..sooo bulattt...keep it up baby...nanti mama trus jadi belon udara panas (papa cakap)...
x kisah la belon udara panas ke ape,janji baby sihat dalam perut mama kann..
alhamdulillah,muntah pening dah kurang..gastrik plak yg menjelma..bulat pun still x cukup makan..makan lambat skit mula la kena gastrik...
this is my 1st time,so xtau baby kicking ke ape..rasa cam tibe2 ada org cubit lembut dalam perut..kejap2 je datang..baby nak main2 ngan mama ea..hehe
melalui bacaan kat intenet..sign macam tu tanda awal baby nk kicking..x sabar nk tunggu baby main bola dalam perut..hehe

 
design by suckmylolly.com