Wednesday, April 30, 2014

roti celup coklat...

Akhirnya...berjaya gak buat benda alah ni...hehe
Roti yg nak expired jangan dibuang.buat bread bar camni..bestt...

Bahan2;
Roti gardenia..nk pakai roti lain pun bleh...
Coklat masakan
Cornflakes yg dikisar...ramas2 pun bleh

Cara2:
Potong n bakar roti dlm oven sampai garing
Cairkan coklat secara double boiled....
Dah cair masukkan roti dan salutkan dengan cornflakes...biar coklat keras n bleh simpan...
Yummyyyy....

KEEPUASAN SEORANG GURU....


Alhamdulillah...satu lagi kepuasan seorang gru..utk seorang guru yg masih lagi bergelar junior dlm bidang pendidikan....3 tahun mengajar sains dan sebagai ketua panitia sains di smk seri kota puteri.... hasil terakhir di smkskp...
Mudahan dapat diteruskan lagi di sekolah baru...insyaallah....
Sebagai seorang guru..bukan setakat nilai gred peperiksaan yg dicari..tapiii, berdasarkan keadaan sekarang...seorang guru sudah berjaya jika dapat memanusiakan seorang insan...
Matlamat itu lagi besar cabarannya berbanding melahirkan pelajar yg mendapat A dlm exam...tapi, kalau dapat dua2 satu bonus utk cikgu2...
Masih panjang dan jauh perjalananku sebagai seorang pendidik...
Makin hari makin banyak yg aku belajar..
Apa yang aku pegang stakat ni...didiklah pelajar2 mu sebagaimana anakmu sendiri..dengan harapan anakku nanti akan dididik dengan baik oleh cikgu2 dia nanti...

Cabaran seorang guru sekarang terlampau mencabar...
Apa yg aku buat di sekolah baru, cuba dekati pelajar...dengar luahan dan kehendak mereka... bila diamati, rasa kasihan pada sesetengah pelajar...jadi mangsa keadaan, yang dapat aku simpulkan, keluarga penyebab utama keadaan mereka sebegini...mak ayah tau lahirkan sahaja, yg lain semua diabaikan...bukan semua, tapi kebanyakannya...
Takpe, yg baik dijadikan teladan...yg buruk dijadikan sempadan...
Mudahan anak aku dipermudahkan urusannya utk menuntut ilmu...amin...

Saturday, April 12, 2014

POPCORN SIMPLE & SIMPLY DELICOUS

Senangnya rupanya nk baua popcorn ni....
Xpayah beli kat kedai..buat sendiri lagi sedap...hehe

Bahan2:
Bertih jagung
Butter
Gula

Cara:
1. Satu sudu besar butter + 2sb minyak dipanaskan sampai butter cair ....
2. Masukkan bertih jagung dlm 2 genggam...tutup periuk sampai semua popcorn meletup...
3. Dah semua meletup, angkat...
4...langkah seterusnya nak menyalut si popcorn ni....
5. Caranya cairkan sesudu besar butter + 5sdu bsr gula..masak sampai gula cair...pastu cepat2 gaul dlm popcorn...
Yg ni kena cepat, sebab air gula tu cepat mengeras...
Then, SIAPP...blehla makan sambil tgk tv...
Selamat mencuba....♥♥♡♥♡

Monday, April 7, 2014

chezzy ball ala kfc

Bahan2;
3biji kentang rebus dan dilecek
Sebiji telur
Gandum sampai diuli x lekat di tangan
Garam skit
Lada hitam skit (x letak pun takpe)
mozarella cheese
Buat je macam buah melaka..masuk cheese kat tengah...
Then celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti....
Goreng dengan api perlahan
Selamat mencuba♥♡♥♡♥♡

 
design by suckmylolly.com