Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

ULAM PEGAGA...

Pokok Pegaga

Pengelasan saintifik


Alam: Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Apiales
Keluarga:Mackinlayaceae
Genus:Centella
Spesies: C. asiatica




Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica.



Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
1.Pokok Pegaga Cina atau Pokok Pegaga Nyonya yang biasanya berdaun kecil,
2.Pokok Pegaga Daun Lebar,
3.Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
4.Pokok Pegaga Kelantan,
5. .Pegaga Renek
6. Pokok Pegaga Salad
7. Pokok Pegaga Gajah
8. Pokok Pegaga Brunei



Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia, khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika".
Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang, panas dan lembab. Pokok ulam pegaga ini boleh ditemui dari Iran di bahagian barat sehinggakan di Australia di bahagian timur. Ia juga kadang-kala dijumpai di Afrika Timur dan timur Madagaskar.
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada ialah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.
Saiz diameter daun pegaga sebenarnya kecil sebesar perut ibu jari tangan. Daunnya seperti semanggi tidak menarik perhatian, dan ia selalu dianggap tumbuhan penyibuk seperti rumput-rumput kecil oleh kebanyakan orang. Namun hakikatnya, daun pegaga inilah mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan. Daun pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya sedikit pahit. Ia sedap dimakan dengan sambal belacan. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.
“Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan ditanam"




KHASIAT PEGAGA


Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai
ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.



Antara khasiat lain pegaga adalah:
1.penawar alahan
2.merawat asthma dan sesak nafas
3.merawat jangkitan paru-paru
4.merawat kegusaran dan kegigilan
5.anti kanser
6.melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
7.penawar batu karang
8.penawar kencing berdarah
9.penawar ulser
10. merangsang peredaran darah
11. merawat cirit birit dan gastrik
12. menurunkan tekanan darah



Pegaga boleh dikategorikan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak.


Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu.


Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan


Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.
Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.
Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan
awet muda.




GENGGAM FATIMAH..

GENGGAM FATIMAH..






ni la rupa gengam fatimah...


nama saintifiknya: Selaginella lepidophylla


Pokok Genggam Fatimah terkenal kerana keupayaannya untuk hidup hampir kekeringan sepenuhnya; semasa musim panas di habitat tempatannya, rantingnya merengkok menjadi bebola ketat dan kembali kembang apabila terdedah kepada kelembapan (Lebkuecher 1993)
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Genggam_Fatimah




KHASIAT GENGGAM FATIMAH


1. Mengecutkan, merapatkan dan mengetatkan otot rahim menerusi pengambilan yang betul dan secara konsisten.


2. Baik untuk senggugut, keputihan dan ketidakkesuburan


3. Membetulkan kitaran haid, merawat luka dalaman dan mengempiskan perut


4. Melangsingkan badan.


5. Gout : Genggam Fatimah boleh menyingkirkan toksin dalam badan


6. Melancarkan perjalanan darah


7. Menghilangkan kebas kaki dan tangan


8. Membuang angin dalam badan


9. Melawaskan air kencing dan besar


10. Membuang lemak dalam badan




PERINGATAN


1. Setengah orang mungkin berasa pening ketika baru mengambil air rebusan Genggam Fatimah. Ini mungkin kerana bahan berkenaan sedang membetulkan atau menyingkirkan toksin dalam badan.
2. Wanita yang sedang hamil dilarang mengambil herba ini.
3. Jangan minum terlalu banyak air rebusan Genggam Fatimah kerana boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.








kat mana nak beli benda ni??? click je kat bawah..xpun googgle je..semuanya di hujung jari..hehe


 
design by suckmylolly.com