Friday, December 9, 2011

CAKE,CUPCAKE,POP CAKE,MACAROON,PAVLOVA..



sejarah cupcake...

ini saya ambil kat wikipedia...Kek cawan (nama lain cupcake, fairy cake or patty cake) ialah kek kecil yang disediakan untuk seorang dan biasanya diletakkan dalam cawan kertas. Seperti kek besar yang lainya, aising dan lain-lain hiasan, seperti taburan diletakkan bersama kek.
Kek ini selalunya disediakan semasa berlangsungnya suatu sambutan, seperti majlis hari jadi. Kek cawan adalah pilihan mudah bagi kek kerana ia tidak memerlukan pinggan, perkakasan, atau membahagikanya kepada beberapa bahagian kerana saiznya yang agak kecil. Kek cawan yang pertama, dicipta pada awal tahun 1800-an.
Kek cawan biasa selalunya dibuat menggunakan bahan yang sama seperti kek biasa yang mana mengunakan bahan seperti mentega, gula, telur dan tepung.


sebelum kedatangan cupcake ini,hanya kek jela yg kita kenal...

sejak beberapa tahun lepas sahaja masyarakat malaysia mula menggunakan cupcake menggantikan kek...

rasanye cupcake lebih praktikal untuk sesetengah majlis...sebab tu gak bagai cendawan lepas hujan,perniagaan cupcake bercambah dengan cepatnye...tapi yg istimewanya,perniagaan cupcake lebih kepada perniagaan online & homebased...sebab minat pada cupcakes, blog ni wujud sejak 2009..cupcake sebagai hobi n seterusnye pendapatan sampingan...hehe


sekarang timbul pulak POP CAKE...

lebih kurang je sebenarnye,yg penting kreativiti dlm pembuatan cupcake n pop cake..

bertuahnya budak2 zaman sekarang...kek birthday dah macam2 rupa..dulu dapat kek aising ngn bunga sekuntum dua pun dah sengih sampai telinga..hehe

pilih je nak tema apa..pasti ada kat depan mata...

MACAROON




ni satu lagi..macaroon yg manis membunuh..haha


kalau rasa nk kencing manis,makan la hari2..kecik comel je,tapi mahal gak la..hehe



ni namanya PAVLOVA...



guna putih telur sebagai main ingredient...


manis la gak tapi still bleh telan sebab dah diseimbangkan dengan buah2 yg masam kat atasnye...


nak buat pavlova ni pastikan pakai buah masam2 ye..nt manis masam je rasanye..buah kiwi & strawberi pun dah cukup..yg kat dalam gambar ni dia tambah ngn buah markisa..

0 comments:

 
design by suckmylolly.com