Wednesday, December 21, 2011

resepi Lambchop/chickenchop....



mushroom & blackpepper sos

bahan-bahan

1 sudu besar butter

1 labu bawang besar

1 ulas bawang putih

150g cendawan(saya pakai dlm tin je)

1 cawan air

1 cawan susu segar

1 kiub ayam

1/2 sudu besar serbuk lada hitam(nk lebih pun bleh)

1 sudu sos tiram

2 sudu kicap manis

2 sudu besar tepung gandum(larutkan dalam air)


cara-cara

1. dadu halus bawang besar n bawang putih

2. cairkan butter n masukkan cendawan yg dihiris nipis

3. masukkan bawang..masak sampai naik bau

4. kemudian masukkan semua bahan lain..masak sampai pekat..tambah garam kalau perlu..

5.dah siap pun..hehe


perapan daging

2 ketul lamb

1 ulas bawang putih

1 biji bawang merah (kecil)

1cm halia

1sudu kecil serbuk lada hitam

garam 1 sudu kecil

cara-cara

1.tumbuk bwang,halia halus2.campur bahan lain n lumur pada daging tu tadi..

perapkan sekejap sblum di grill hingga masak..



perapan ayam

ayam dibelah 4 dan di ambil bahagian paha sahaja..jadi ada 2 ketul ayam...

ayam tadi dibuang tulangnya..

lumur garam pada ayam,celup ngan tpung gandum

kemudian celup dalam telur

last skali salutkan dengan serbuk roti/breadcrumb

goreng sampai kekuningan...



bahan sampingan

potong wedges ubi kentang n goreng sanpai kekuningan..

dah masak letak dlm pinggan dan curah ngan sos blackpepper td...



senang je nak buat chicken or lambchop ni..

selamat mencuba!!...




0 comments:

 
design by suckmylolly.com