Monday, December 12, 2011

Pemasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-14

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

raja pertama naiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong kali kedua


sejarah baru dalam pemerintahan beraja di Malaysia.

Sultan Abdul Halim pernah ditabalkan sebagai

Yang di-Pertuan Agong ke-5

pada 21 september 1970 hingga 20 september 1975.


Sultan Abdul Halim diputerakan pada 28 november 1927 di alor setar,kedah.

mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah.

kemudian menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) Alor Setar (1946-1949).

baginda melanjutkan pelajaran di england dalam bidang sains kemasyarakatan dan pentadbiran awam di Wadham College,Oxford University.



baginda bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada mac 1956 di istana seri menanti,negeri sembilan.

almarhumah adalah puteri sulung Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Abdul Rahman Muhammad.

hasil perkahwinan ini,baginda dikurniakan 3 puteri iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Soraya, Yang Teramat Mulia Tunku Sarina (mangkat) dan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Datuk Seri Intan Shafinaz.

Tuanku Sultanah Bahiyah mangkat pada 26 ogos 2003.

pada tanggal 9 januari 2004,Yang Mulia Che Puan Haminah Hamidun telah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah yang baru

dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah telah berkahwin dengan Sultan Abdul Halim pada 25 disember 1975.





0 comments:

 
design by suckmylolly.com